Tips Mudah Untuk Produktif

Tips Mudah Untuk Produktif

Tips Mudah Nak Jadi Produktif di Tempat Kerja.
 
Apa itu produktif?
 
Produktif bahasa mudahnya ialah kita nak buat kerja sikit tapi hasilnya banyak (less input more output).
 
Kalau boleh kita nak kerja kita buat tu memberikan hasil berganda kepada kita dan juga syarikat kita bekerja tu.
 
Tapi bagaimana nak jadi produktif? Ada banyak cara untuk jadi produktif antaranya ialah gunakan teknologi.
 
Peter Thiel cakap, technology is miraculous because it allows us to do more with less.
 
Siapa Peter Thiel ni? Beliau ni antara pelabur terawal di Facebook dan juga pengasas bersama Paypal.
 
Dari situ kita faham, kita boleh buat kerja sikit dan dapat hasil yang banyak dan berganda dengan menggunakan teknologi yang ada.
 
Antara teknologi yang boleh kita gunakan ialah perisian Microsoft Excel. Dengan Excel kita boleh buat kerja kita secara automatik. Kita boleh dapat hasil yang banyak dengan input yang sedikit.
 
Bandingkan antara kerja secara auto dan manual, yang mana satu cepat siap? Yang mana satu menjadi pilihan anda?
.
.
Contoh mudah seperti situasi berikut.
 
Anda dikehendaki membuat pengiraan untuk 50 baris data seperti berikut RM200 + RM350 + RM350 + RM237 + RM337 + RM339 + RM3567 + RM5467 ……………..(dan seterusnya hingga 50 data)
 
i)  Cara A – Kira satu-satu secara manual menggunakan kalkulator.
 
ii)  Cara B – Kira secara automatik menggunakan formula “AutoSum” di dalam Excel.
 
Bandingkan diantara 2 cara tersebut.
 
i) Cara A:  anda kena tekan kalkulator satu-satu dan pastikan tidak tersalah tekan (human error). Kalau salah tekan mungkin kena ulang semula, takut jumlah pengiraan lari.
 
ii) Cara B:  anda hanya hanya perlu tekan mouse komputer 2 ke 3 kali saja, dan jumlah pengiraan akan keluar secara auto. Jumlah pengiraan tepat dan tiada tersalah tekan (human error)
 
Cara mana yang lebih cepat dan mudah? Cara mana yang anda pilih? Cara A atau Cara B?
.
.
Itulah kelebihan teknologi.
 
Dan sudah tentu tugas Excel bukan saja boleh buat pengiraan, malah lebih dari itu.
 
Ia boleh membantu kita untuk merekod, menyusun, mengurus, memproses dan menganalisa ribuan data kita dengan cepat dan mudah.
 
Itulah dia leverage yang kita boleh gunakan untuk mendapatkan hasil berganda dengan kerja yang sedikit.
 
Jadi amat rugi jika kita tidak manfaatkan teknologi yang ada untuk meningkatkan produktiviti kita di tempat kerja.
 
Nak belajar bagaimana Excel dapat tingkatkan lagi produktiviti anda?
.
.
KLIK link — https://bit.ly/3C4Pyxx
 
#tipsproduktif
#kelasexcel
#exceltraining

Join our Telegram Community group to get free short videos and tutorial by completing the form below.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Email
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

Let Us Know If You Have Any Enquiries

Copyright ©2021 Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd. All Rights Reserved