
Kerajaan dah umum PKP lagi. Mungkin ada yang tak terkesan dengan PKP ni. tapi ramai juga yang kita lihat amat terkesan di luar sana. Panik, risau, bimbang semua ada. Bercampur baur.
Bagi yang terkesan dan risau dengan PKP ni apa yang perlu anda buat?
Perkara ni saya dah pernah alami masa mula-mula PKP di jalankan pada tahun lepas.
Saya pun dulu panik dan risau juga dulu. Iyalah, pertama kali PKP kan?
Tiba-tiba diperintah duduk rumah, virus berjangkit di sana sini, tak boleh nak kemana-mana, tak boleh nak buka perniagaan.
Kalau tak boleh buka perniaagan, macam mana nak bayar sewa dan bayar pekerja kan?
Ditambah lagi, banyak kelas-kelas saya yang terpaksa ditangguh. Peserta dah ramai mendaftar lagi la saya panik dan risau.
Selama hidup ni mana pernah berdepan dengan situasi begini.
Itu yang berlaku panik sana sini tu.
.
.
Tapi syukur sangat, saya dapat on track dan dapat kawal semua kerisauan apabila buat beberapa perkara masa tu.
Ini perkara yang saya buat hari tu. Mungkin boleh dipraktikan bagi anda yang terkesan.
.
.
=======
1. Bertenang.
=======
Perkara pertama saya buat ialah ambil masa untuk bertenang. Ambil nafas dalam-dalam dan hembus beberapa kali.
Orang yang tenang selalu menang. Jangan terlalu turutkan sangat kerisauan tersebut.
Apabila kita terlalu risau, gelabah tak tentu hala, ia akan menyebabkan otak kita “Jem”, “stuck” tak boleh nak berfikir dengan rasional. Jangan ikutkan sangat emosi tu.
Tenang…..Rileks……..
Saya duduk di tempat yang tiada orang, saya rileks dan tidak fikir langsung apa yang sedang terjadi buat sementara.
.
.
=====
2. Tulis
=====
Kemudian, bila dah rasa tenang, otak dah rileks dan tak serabut, saya ambil kertas A4 atau kertas kosong dan pen. Saya mula tulis dan bercakap dengan diri sendiri.
Apa yang perlu di tulis?
*Tulis dengan jelas apa yang anda risau sangat ni?
*Apa punca yang anda risau sangat ini?
*Teruk sangat ke perkara yang berlaku ini?
*Kalau tak selesai masalah ini, apa perkara paling buruk akan berlaku?
*Apa perkara yang boleh dibuat untuk selesaikan kerisauan ini?
*Bagaimana nak selesaikan masalah ini?
*Apa satu perkara yang boleh dibuat untuk selesaikan masalah aku ini?
Tulis jawapan-jawapan pada soalan-soalan di atas tu.
*** TIPS – Terus tulis apa sahaja yang perkara yang terfikir di dalam kepala anda. Jangan berhenti, tulis je. Jangan kisah logik atau tidak perkara yang anda tulis itu.
Just tulis, keluarkan semua apa yang terkandung dalam fikiran atau hati kecil anda. Tulis seberapa banyak yang anda suka.
.
.
Contoh:-
Macam saya hari tu, saya jalankan bisnes latihan. Saya banyak anjurkan latihan IT untuk syarikat-syarikat swasta dan juga kerajaan.
Jadi bila berlaku je Covid-19 dan PKP, habis semua kelas-kelas saya ditangguhkan.
Jadi saya tulis senarai kerisauan saya.
Saya jangkakan perkara ini akan berlarutan selama 6 bulan, jadi 6 bulan saya tak boleh nak buka kelas. 6 bulan tiada income.
Macam mana nak bayar pekerja? Macam mana nak bayar sewa ofis? Macam mana nak bayar itu? Nak bayar ini?
Kerisauan saya ialah cukup ke duit ni untuk bayar semua perbelanjaan syarikat?
Kemudian apa yang saya buat?
Saya tulis lagi.
Saya tulis senarai komitmen yang perlu dibayar setiap bulan.
Dari senarai itu, saya lihat pula perbelanjaan mana yang boleh dikurangkan, mana yang boleh dipotong, mana yang boleh di tangguhkan.
Dan Alhamdulillah, bila buat begitu, saya boleh lihat dengan lebih jelas.
Rupanya dengan simpanan yang ada saya masih boleh bertahan untuk tempoh 6 bulan. Ok settle bab tu.
Dah kurang sikit risau tu.
Kemudian, saya tulis lagi.
Saya kena cari solusi untuk dapatkan income masuk pula.
Saya fikir dalam-dalam, saya buat carian di internet, saya fikir lagi.
Saya tulis semua idea yang saya dapat.
.
.
Tiba-tiba. Ok, ini magik yang berlaku.
Saya dapat idea untuk buat kelas secara online. Saya jalankan terus.
Dan hasilnya, Alhamdulillah, saya dapat survive hingga hari ini.
Mungkin anda yang membaca ini pun sudah pernah hadir kelas online anjuran saya.
.
.
Point yang penting di sini ialah.
Kita tak boleh nak kawal Covid-19, PKP, etc.
Tapi kita boleh kawal diri kita.
Kita boleh kawal bagaimana kita respon dengan krisis yang melanda.
Komplain, risau, panik, duduk saja tidak akan membuka minda. Tidak akan mengubah apa-apa.
Aktiviti yang saya kongsi di atas tu, akan bantu kita untuk berfikir dengan lebih dalam untuk cari solusi.
Tenang, fikir, tulis dan bertindak.
Tips berfikir:- Fikir dalam-dalam, jangan mudah berpuashati dengan jawapan-jawapan yang surface, fikir dalam-dalam.
Pilihan di tangan kita.
Bagi yang terkesan cubalah.
Semoga bermanfaat.
~ Shah
#skbizsolution
#onestoptrainingcenter
#onlineclass
#microsoftoffice